nuFfNang aDs

Monday, 27 January 2014

ResipI : naSi aYam seMpoi : )

eh eh skang ni bukan main malas betol dah nak menaip kat blog ni kannnn
ntah nape la haii..tak baik kan malas2 time pregnant
tapi tu la kenyataannya dah 35 weeks ni tak larat dah rasa ni haaaa
mata pulak dah merabun..

ok that's it membebel ha ha ha
i nak share resepi nasi ayam i masak masa cuti sabtu hari tu ye
tapi harus di ingatkan ye I ni bukan pro masak so nama nye bagi je la 
Nasi ayam Sempoooiiii ha ha ha


Mula2  i Rebus dulu Ayam tu bersama dengan halia 

Nasi Ayam :
Panaskan Marjerin
Tumiskan Bawang Merah, Bawang Putih, Sedikit Halia dan Kiub Ayam di kuali berasingan
Beras dibasuh dan masukkan tumisan di atas dalam periuk nasi
Tuangkan air rebusan ayam tadi dan masak nasi cam biasa

Perapan Ayam :
Bawang Merah + Bawang Putih + Halia (Diblend halus dan lumat)
Sos Tiram + Kicap Manis + Madu 
Lumurkan semua tu kat ayam dan perap selama 20 - 30 minit dalam peti ais
Rasa kalau tak puas hati lagi tambah la bahan perasa macam garam ye
Deep Fry kan dalam minyak panas ye

Sup :
Tumis Bawang Merah, Bawang Putih dan kalau suka pedas tambah cili api sikit yg telah ditumbuk lumat
Masukkan sekali Rempah sup dan Sup bunjut beserta Kayu Manis, Buah Pelaga, 
Ketumbar sikit dan Jintan Sikit
Masukkan ayam yang telah direbus tadi beserta air rebusan ayam
Tambah perasa sehingga rasanya sedap dan puas hati

Sambal Cili :
I tak bole makan pedas pregnant ni so 
I pakai cili basah merah dan cili padi merah tu sikit
Bawang Merah + Bawang Putih + Cili Basah merah + Cili Padi Merah + Perahan Lemon
I Blend kan halus dan terus masukkan dalam periuk panaskan
Tambah perasa sehingga sedap dan puas hati

Sambal Hitam :
Lebihan perapan ayam tu panaskan dalam kuali sehingga mendidih
Tambah perasa sehingga sedap dan puas hati

So finally leh hidangkan macam biasa lah ye hidangan sampingan letak
Salad, tomato, timun dan apa2 yang korang suka ye..

Selamat mencuba : )

No comments:

Post a Comment

nuFfnaNg La la la :)