nuFfNang aDs

Thursday, 19 September 2013

inFo berkenaan PP (Placenta Previa)

hi hi dah jadi kat diri sendiri mula lah menggelabah cari info2 yang perlu kan
sebagai preggy mommy selain kita menikmati saat2 kehamilan kite
kite perlu tau juga info2 penting ttg kehamilan, diri ibu dan juga baby kite definitely kannnn
ok kat bawah ni I kongsi serba sedikit ye pasal PP ni
alhamdulillah kerisauan dan kegusaran tu dah mula menipis selepas menggoogle demi google
utk mencari info kannn..
tapi yg penting doa agar dipermudahkan kepada Allah tu amatttttlah penting ye kawan2 sekalian
interesting info as below k : )


Dalam bahasa perubatan, uri dinamakan sebagai placenta, manakala pelekatan uri dibahagian bawah uterus berdekatan dengan internal os atau pun cervix ( pintu rahim ) ialah placenta praevia. Untuk memahami maksud dengan jelas, mari kita lihat ilustrasi dibawah.


Dalam keadaan normal, pelekatan uri haruslah tidak menutupi cervix supaya tidak menghalang proses kelahiran dimana bayi akan melalui cervix (pintu rahim). Ia boleh melekat di mana-mana bahagian rahim seperti di depan (anterior), belakang (posterior), bahagian sisi(lateral) dan atas (fundus ). Dalam contoh di atas, placenta tersebut melekat sepenuhnya di pintu rahim menyebabkan bayi tidak boleh dilahirkan secara normal.


Placenta praevia boleh dibahagikan kepada beberapa tahap iaitu :

1) Complete ( sepenuhnya ) - hari tu Dr. cakap yg ni tapi still early kan..hopefully not la kan
2) Partial ( sebahagian)
3) Marginal ( menghampiri tetapi tidak menutupi )
4) Low lying ( berdekatan dengan pintu rahim tetapi masih lagi tidak menutupinya )

Antara faktor-faktor risiko untuk mendapat placenta praevia ketika mengandung adalah seperti berikut:

1) Peningkatan usia
2) Mengandung lebih daripada 2 kali ( multiparity)
3) Mengandung kembar (twin pregnancy )
4) Sejarah pembedahan melibatkan rahim ( caesarean section )
5) Keguguran

Wanita yang hamil dengan placenta praevia mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat komplikasi seperti berikut:

1) Pendarahan yang banyak
2) Jangkitan (septicaemia )
3) Risiko untuk pembuangan rahim jika pendarahan terlalu teruk dan tidak dapat dihentikan
ketika pembedahan.



Kebiasaannya untuk memastikan kedudukan uri, ultrasound scan perlu dilakukan pada usia kandungan 7 bulan ( 28 minggu ), jika jarak dibahagian hujung uri dengan cervix > 5 cm bermakna uri diatas, tetapi jika jarak uri < 5 cm, maka ultrasound perlu diulangi dalam masa 2 - 4 minggu untuk memastikan kedudukan uri yang sebenar. Tetapi jika uri menutupi sepenuhnya kemungkinan anda akan dimasukkan ke wad sehingga 9 bulan kemudian pembedahan akan dilakukan.
Setakat ini rawatan untuk placenta praevia adalah simptomatik. Untuk placenta praevia sepenuhnya dan sebahagian ( complete and partial ) memerlukan pembedahan manakala low lying atau marginal ada kemungkinan kelahiran secara normal dibenarkan.
 

2 comments:

  1. Takut pulak dengar benda macam nie. Hihi.

    ReplyDelete
  2. hi hi biaselah pregnant mcam2 berlaku di luar jangkauan kite : )

    ReplyDelete

nuFfnaNg La la la :)