nuFfNang aDs

Thursday, 19 September 2013

inFo berkenaan PP (Placenta Previa)

hi hi dah jadi kat diri sendiri mula lah menggelabah cari info2 yang perlu kan
sebagai preggy mommy selain kita menikmati saat2 kehamilan kite
kite perlu tau juga info2 penting ttg kehamilan, diri ibu dan juga baby kite definitely kannnn
ok kat bawah ni I kongsi serba sedikit ye pasal PP ni
alhamdulillah kerisauan dan kegusaran tu dah mula menipis selepas menggoogle demi google
utk mencari info kannn..
tapi yg penting doa agar dipermudahkan kepada Allah tu amatttttlah penting ye kawan2 sekalian
interesting info as below k : )


Dalam bahasa perubatan, uri dinamakan sebagai placenta, manakala pelekatan uri dibahagian bawah uterus berdekatan dengan internal os atau pun cervix ( pintu rahim ) ialah placenta praevia. Untuk memahami maksud dengan jelas, mari kita lihat ilustrasi dibawah.


Dalam keadaan normal, pelekatan uri haruslah tidak menutupi cervix supaya tidak menghalang proses kelahiran dimana bayi akan melalui cervix (pintu rahim). Ia boleh melekat di mana-mana bahagian rahim seperti di depan (anterior), belakang (posterior), bahagian sisi(lateral) dan atas (fundus ). Dalam contoh di atas, placenta tersebut melekat sepenuhnya di pintu rahim menyebabkan bayi tidak boleh dilahirkan secara normal.


Placenta praevia boleh dibahagikan kepada beberapa tahap iaitu :

1) Complete ( sepenuhnya ) - hari tu Dr. cakap yg ni tapi still early kan..hopefully not la kan
2) Partial ( sebahagian)
3) Marginal ( menghampiri tetapi tidak menutupi )
4) Low lying ( berdekatan dengan pintu rahim tetapi masih lagi tidak menutupinya )

Antara faktor-faktor risiko untuk mendapat placenta praevia ketika mengandung adalah seperti berikut:

1) Peningkatan usia
2) Mengandung lebih daripada 2 kali ( multiparity)
3) Mengandung kembar (twin pregnancy )
4) Sejarah pembedahan melibatkan rahim ( caesarean section )
5) Keguguran

Wanita yang hamil dengan placenta praevia mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat komplikasi seperti berikut:

1) Pendarahan yang banyak
2) Jangkitan (septicaemia )
3) Risiko untuk pembuangan rahim jika pendarahan terlalu teruk dan tidak dapat dihentikan
ketika pembedahan.



Kebiasaannya untuk memastikan kedudukan uri, ultrasound scan perlu dilakukan pada usia kandungan 7 bulan ( 28 minggu ), jika jarak dibahagian hujung uri dengan cervix > 5 cm bermakna uri diatas, tetapi jika jarak uri < 5 cm, maka ultrasound perlu diulangi dalam masa 2 - 4 minggu untuk memastikan kedudukan uri yang sebenar. Tetapi jika uri menutupi sepenuhnya kemungkinan anda akan dimasukkan ke wad sehingga 9 bulan kemudian pembedahan akan dilakukan.
Setakat ini rawatan untuk placenta praevia adalah simptomatik. Untuk placenta praevia sepenuhnya dan sebahagian ( complete and partial ) memerlukan pembedahan manakala low lying atau marginal ada kemungkinan kelahiran secara normal dibenarkan.
 

duGaan peRtaMa prEgnancy : ((((((

assalammualaikum semua kawan2 blogger : )

haiiii lama dah tak mencoret dalam blog ni kannn
bukan apa sebab tak de idea tambah pulak keadaan kat opis skang ni very d busy bee hi hi
nk cerita pasal tajuk kat atas tu
actually i'm a preggy mommy..second baby this time

haiiisshh tak tau la nak kate apa permulaan yg sangat happy bila disahkan pregnant
memang nak bagi my lil princess tu adik biar dapat teman n kawan lagi pun 
my princess tu kan nxt year dah 4 years old kan sian dia sorang2

semuanya berlaku jumaat lepas 13 Sept. 2013 bila appointment dgan pakar
dan dia check .....scan......n tell me yg my pregnancy kali ni
Low Lying Placenta..tutup sepenuhnya pulak tu pangkal rahim...langsung takda jalan baby kuar

Yg buat I nangis lagi appointment semalam dengan nurse 18 Sept. 2013
aduhaiiiiii nurse cakap keadaan ni boleh menyebabkan ibu meninggal tumpah darah
mane tak nangis tgah drive pun nangis memikirkan anak I Insyirah dgan Baby lagi kannnn
haiiii terbawak2 perasaan dan terpikir nurse cakap kalau ibu meninggal macam mane....

harap2 semua ni kesilapan dianogsis Dr. je..sekarang ni menunggu keajaiban dan pertolongan yang Maha Esa.....appointment bulan 11 akan menentukan segalanya selain daripada check up yang sepatutnya every month dah jadi every 2 Weeks..setiap dua minggu nurse kene monitor ya Allahhhh

Macam mana nak cakap....baru pergi check up dua kali berturut BOS dah bising
ini kan lagi tiap 2 minggu sekali haiiiyyyoooo nak cakap dgan bos pun bos faham ke kannnnn
keja pulak PA haaaa memanglah kene melekat kat ofis selalu sebab tempat rujukan bos

ya Allah permudahkan lah segalanya
cuma ingat pesanan nurse...kalo ternampak even setitis darah pun...cepat2 la refer hospital
tak bole lasak tak bole keja berat tak bole itu tak bole ini..tapi nak wat camnekan kite ni kan
ibu bekerjaya...even suri rumah pun mana ada yg duk diam seme pun banyak keja kan..
entahlah tawakkal dan berdoa semoga semua dipermudahkan..
haiiii takut la perasaan ni kannn

baru 16weeks = 4 bulan..there are 6 months lagi to go.....
panjang lagi mudah2an tiada apa serius berlaku : )))

nak tgok my baby tak hi hi hi..dah terasa gegaran di perut ni..

 niiiiiii : ) my my second little sunshine...
baby baby please tolong ibu ye..kick the placenta biar 
sampai ke atas ye sayang ki ki ki


ni my first little sunshine yg semakin manja dan every day every moment 
kiss tummy ibu dia dan ajak adik dia mengaji al fatihah kononnye  ki ki ki

lastly sayang anak2 ibu sooooo much :)
eh sangat emosi niiiiiii hi hi

nuFfnaNg La la la :)