nuFfNang aDs

Friday, 11 January 2013

sPecIal daY...........speechless but haPPy : )

today is my special day with someone : ))))))))))))))
11th January 2013 - my 4th anniversary day
menyingkap kembali memori manis lama
11 Januari 2009
saat diijabkabul dan dinikahkan bersama seorang bernama En. Mohd Husaini bin Mat Sapat
sangat memorable ok
menjadi isteri dan memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri buat kali pertamanya sangat mengundang seribu satu pengalaman dan kemanisan
sangat2 teringat kenangan tersebut 
eh eh rasa nak menangis semula pulak sebak tika setiap kali mengenangkan kenangan indah tersebut

rasa sungguh terharu dan indah nye dunia bila dapat bergelar ISTERI kepada seorang yang sangat kite CINTAI dan sayangi.......
berbekalkan amanah penyatuan ini, kite sama2 melayari bahtera berumah tangga walaupun terpaksa mengharungi ombak dan badai sepanjang melayari bahtera AGUNG ini
ingatlah kekalkan ikatan suci murni ini bukan sahaja sehingga ke hujung nyawa malahan di dunia kedua nanti (AKHIRAT)
pejam celik pejam celik tanpa disedari sudah EMPAT TAHUN bahtera ni melayari lautan luas
jagalah bahtera ini seumpama kite menjaga nyawa kite sendiri
semoga ikatan suci ini sentiasa dirahmati, dilindungi dan dilimpahi dengan kurniaan rezeki, keluasan rezeki, kepanjangan umur dengan penuh keimanan dan kasih sayang yang amat mendalam.......
akhir kata SAYA sangat sangat sayang SUAMI saya dunia akhirat InsyaAllah : )