nuFfNang aDs

Thursday, 26 December 2013

mEsiN neBuliZer

salam khamis semua : )
seperti yang digembar gemburkan gitu hi hi hi
saje nak share kisah mesin nebulizer ni
terpaksa pegi beli sebab sepanjang bercuti kat kampung insyirah diserang asthma
kalo kat kampung susah sikit memang tak ada klinik 24 jam sama ada kerajaan atau pun swasta
so my hubby decided beli je la mesin nebulizer tu lg pun lepas2 ni pun bole guna kan
untuk kegunaan masa panjang memandangkan I pun ada asthma kann

klinik yang berdekatan 24 jam dari rumah parents I pun 1 jam
tak kan tiap2 malam nak berulang alik kan kalo dah kene semput sesak nafas kan

so pagi hari jumaat last week cam tu  I pun berdua2an ngan hubby pi survey mesin nebulizer ni
dari satu farmasi ke satu farmasi kat bandar Kota Tinggi yang 1 jam dari rumah parents I tu
pehhhhhh harga tak payah cakap la semuanya dalam RM300 n above
so we decided nak pergi satu farmasi yang dah lama bukak ni dari zaman I sekolah rendah lagi dah ada
so tanya2 cakap nak yang paling murah la kak ha ha ha ha
dia keluarkan yang harga RM249.00 masuk diskaun dapatlah RM220++ something
campur ubat asthma semua sekali RM260.00 after diskaun..ok la asalkan anak I sembuh
kita parents ni memang nak yang terbaik je untuk anak asalkan anak sihat sejahtera alhamdulillah hi hi
ibunya dah 24 tahun kene asthma tak pernah ada fikir nak beli mesin nebulizer tau
sekali kena kat anak terus pi beli kah kah kah
ok la I sertakan gambar ye untuk rujukan kawan2 semua

jenama apa ek lupa yang pasti set ni include : -
Mesin Nebulizer tu sendiri
Pediatric Mask (Ibu dan Anak ade 2 saiz)
Mouthpiece (Tak pakai pun pakai mask je dah biasa)
Extra Filters (ni kalo filter dah kotor kena tukar ye sayang2 semua)

Alhamdulillah 2 hari pakai mesin ni Insyirah ok dah
hari first 3 kali pakai..atas nasihat doktor nebulizer ni kena ambil within 6 hours tau
so yg second day just 2 kali pakai je : )

i'm very happy la anak dah sihat kan..
gambar fresh Insyirah bersama dengan mesin nebulizer nya tu

Tuesday, 24 December 2013

BoRak2, MGTT, sCan n Baby : )

hi hi semalam kite dah cakap nak cite pasal mesin nebulizer tu kan
bukan ape nanti bole jadi rujukan kawan2 yang ada same problem dgan I anak asthma
memudahkan gitu dari tiap2 kali kene jam 3 pagi kene amik kat kinik
hishhhhh letih mak nak ha ha ha

tapi semalam balik dari ofis sibuk berkemas umah lupa nak snap gambo mesin nebulizer tu
makanyaaaa nanti la I review tggu dah snap gambar ye kengkawan
bukan ape..boring kalo review takdo gambar kan

he he..so nak cite pasal pagi ni punya cek up
minum air gula dengan kata lain MGTT test
tak pernah buat dis second baby ni la first time buat
cucuk darah 2 kali hari ni MGTT lagi dan juga vaksin TT kot yg untuk kancing gigi
fuyooooo letih tak hengat la kannn

pengalaman merasa buat MGTT ni masyaAllah....
apahal manis n pekat sangat air tu
nasib baik I bole tahan minum slow2 motion gitu
I ni dahla tak kuat manis kalo buat air pun lite2 je gulanya

ha ha ha ha ha ha
nasib baik berjaya simpan dalam perut tanpa diluahkan balik air gula tu
kalo tidak merasalah I minum lagi sekali dah la penuh cawan besar tu kan
uiiiissshhh lepas minum berpinar cket kepala tekak pedih pulak tak bawak air mineral nak bilas tekak
haaaaa merasa lah menunggu berjam2 dgan tekak rasa pekat melikat manis tu ki ki ki

Baby???? dah scan and memang betul no Placenta Previa (PP) hi hi hi
I seronok tak terkata lah pasal semalam nurse suruh stand by admit ward
sape la yg nak admit ward berpisah dgan hubby n princess I tu sampai deliver katanya
haiiissss tak mo lah rindu serindunya nanti kannn

gOOd job baby..sekarang masalah kecil je baby still melintang dalam perut
tapi apa nak dirisaukan still ada 6 weeks to go kan tu pun kalo kuar masa 36 weeks la kan
dis week baru je 30 weeks nanti2 baby tukar la posisi lagi kan ki ki ki

tak sabar ni nak tggu baby kuar..
macam2 debaran pulak sementara nak tggu new years ni
hi hi hopefully Allah akan permudahkan segalanya untuk family I ni : )

Monday, 23 December 2013

@30 weeks : )

hai ollsss assalammualaikum semua
now dis week dah 30 weeks : )
apa perasaan????
hi hi hi letih penat mengah nak muntah loya semua ada ha ha ha
esok check up kat KK macam biasa nak scan dan buat MGTT
alamak apakah rasanya??? tak pernah buat MGTT test before ni

pagi tadi nurse call suruh standby kalo Dr. detect still Placenta Previa
dorang suruh admit ward esok so stand by je la
tapi I kan degil last week I amik cuti seminggu rehatkan badan n pegi scan kat swasta
Dr. kat swasta kate everything normal don't have to worry ; )
so I tak worry langsung la hi hi hi
yang I risau cume Dr. kat KK esok je la apa la yang dia cakapkan

Ok dah 30 weeks ni tetiba perut membesar drastik ki ki ki
Dr. kata baby besar pulak tak sure la tp kalo besar pun besar yg normal kot
haiiiisshhh macam2 ha ha ha

see there??? my baby hi hi hi
just her head only sebab Dr. fokus untuk tgok dan measure distance placenta from pangkal rahim
so ok...
baby pusing ke kedudukan nak bersalin katanya kepala dah masuk ke bawah ha ha ha
banyak bergerak sangat ibunya..aktif sangat ye la menjaga kakak tak sihat chicken pox aritu
umak aiiiiiiiiiii penat nya badan sampai ke hari ni tak cukup tido

balik kampung kakak kena asthma pulak..kakak sensitif cepat berjangkit kalo ada sape2 batok or sakit
poksunye pulak batok tak sempat ibu nak release tension kakak kene chicken pox
tension semula kene asthma ha ha ha ha ha ha
siap beli nebulizer lagi..esok kite share pasal mesin nebulizer tu ye..

oooooo ok i nak letak gambar princess yang pertama I tu ye

hi hi kakak yang baru sembuh dari chicken pox dan asthma nya tu : )

# 2 org Dr. say baby second pun princess jugak ki ki ki ki..tak kisah la yg penting baby ibu kuar dgan selamat dan sihat sempurna fizikal dan mental : )

mOOd sangat tak sabar nak menunggu kelahiran walo pun takutttt he he

Tuesday, 10 December 2013

stRess stRess sTresS : (

haiii olls assalammualaikum..
stress hari ni ngantok tak payah nak cakap la kan..
pg2 drive pi work menerawang je fikiran ni
hati dan jiwa bukan di office ye kengkawan hati dan jiwa ku sepenuhnya di rumah 
ha ha ha
but my physic je ni haaa yang terpaksa ke office
kenapa???mengapa???apakah sebabnya????

my darling princess la sebabnya..
Nur Insyirah masih lagi belum sembuh sepenuhnya..
ayah yang bergilir jaga pulak sian ayah dah la keja malam
semalam ibu dah cuti hari ni ibu kene keja pulak ntah2 esok ibu cuti balik
risau ni nak wat keja apa pun tak kena ni..

anak tak sihat ibu mana yang gembira kan
penangan jangkitan chicken pox kat taska la ni
malam tadi ibu pun tak tido sangat tengok Insyirah merengek sakit gigi pulak katanya
n chicken pox dia yang dah mula mengering tu terasa pedih dan gatal katanya
kesian dia satu malam tak tido
ibu pergi work menangis je tak tau la tu ayah bole handle ke tak
tadi call ayah kata masih bad mOOd ibu nak cakap ayah tak bagi takut dia menangis
alaaaaaa dah bape ari ni since wednesday last week
haaaa dah tujuh hari diam tak diam tak pergi taska dan sentiasa di bawah jagaan ibu n ayah

chicken pox cepatlah pergi jauh jauh sian kat anakda sorang tu..
meh kite kongsi gambar insyirah time sabtu dan ahad ye : )

 yang ni gambar hari ke 3 dan 4 chicken pox kot kalo tak silap

 dis one pulak sepanjang sabtu dan ahad bersama ibu kat rumah
tengok tu bad mOOd tido tutup satu badan..tido siang ni..on kan je air cond kat rumah tu 24 hour
 tak nak bagi dia berpeluh takut gatal plus nak biar sentiasa kering kan 
ibu beli kan air strawberry siap pesan lagi nanti kakak nak lagi air strawberry..
BAIK sayang today ibu belikan ye balik dari office : )
promise you must be a good girl until you getting better n well k dear daughter

 ibu rindu awak yang kat atas ni terlompat sana sini
kakak terbang dia kate ha ha ha tak padan dgan baju kurung
ni masa dia happy dan sihat : )
miss that moment very much
cepatla wahai jam nak pukul 5 rindu sangat kat kakak insyirah..........

Friday, 6 December 2013

yG X nak itulah terjadi : )

Photo: darling princess ngn sweetheart hubby #day2 chicken pox..shian 
my lil princess at day2nd chicken pox
 haaa ni la perkembangan terbaru my lil princess
dijangkiti chicken pox sian dia
berjangkit kat taska la pulak nak cite pun geram
mulanya sangkakan macam kene kutil atau pun bintik gigit nyamuk kat leher tu
rupa2nya makin bertambah dan disahkan kene chicken pox
terkejut sebab tak ada simptom tiba2 balik dari taska ada biji2
bila tanya kat taska rupa2nya dah ada 4 , 5 orang cam tu kene chicken pox
yang menggeramkan ni tu la ada kan sesetengah parents ni buat tak tau je
anak dah kene chicken pox pun still hantar 
ntah pape la parents yang macam ni
tak tau nak cakap ape kot
tak pe la redha je think positif kalau tak kena hari ni satu hari nanti tetap kena jugak kan
so be ready la minggu ni menjaga anak bergilir2 cuti dengan husband

hari ni masuk hari ketiga penuh satu badan dah besar2 pulak tu
sebijik sama cam I dulu kene chicken pox
bertabahlah wahai anak harap2 tak lama lah ye cepat sembuh tu
sibuk dah nak ajak tido hotel n jalan2 sian dia hi hi hi

Wednesday, 20 November 2013

@24Weeks : ) *wiwiwiwiwiwink*

Hai olllsss
lame kan tak update blog..sangat malas nak create story nak menaip nak mengarang ha ha ha
now already 24weeks..nak cecite la experience dis pregnancy
dis time pregnancy agak mencabar jiwa dan raga cket lah berbanding first pregnancy dulu
tapi apa2 pun I tak pena anggap ini sebagai bebanan malahan I seronok je tempuhi semua cabaran tu
kah kah kah..mengeluh cket2 tu ada..tapi bersyukur seadanya..
doa yang sentiasa tak lekang supaya baby ni selamat, sihat dan cergas hendaknye aminnnnn

Ok during pregnancy kali ni..first2 Dr. diagnosis kan kene Low Lying Placenta kannn
kalo dah 28 weeks masih kekal baru lah akan dikatakan sebagai PP (Placenta Previa)
tapi InsyaAllah rasanya tak ada yang kronik dan harapan I semoga semuanya baik2 sahaja..
tggu la appointment seterusnya untuk scan..mula2 kate 11/11/2013, but tunda pulak ke 27/11/2013, n then tukar pulak 9/12/2013
ape2 pun I redha je la tunggu kan..

But my instinct ni kuat mengatakan nothing wrong..just going through my life happily sudehhhhh kannn 
ki ki ki
haaaaa yg rasa sangat tak sedap badan ni adalah ASTHMA yang semakin menggila di kala pregnancy ni
tak pernah tau pakai Inhaler seumur hidup I but this time pregnancy sangat2 bergantung pada Inhaler tu
tiga inhaler doktor bagi but I just pakai dua je yang lagi satu tak berani laaaa takut effect ape2 kan
kat ofis 2,3 kali i amik puff tu..kalau tak reda terpaksa lah amik Nebulizer Gas tu kat klinik..
Redha....

Tgah malam lagi azab tau haiiissshhh before tido kene puff, jam 2,3 pagi cam tu puff lagi dan bangun pagi subuh tu puff lagi...
tak tau nak wat camne i just harap baby sihat dan tak sabar nak akhiri dugaan ini hik hik hik
hopefully nanti baby keluar i akan sembuh seperti sedia kala la kannnnn : )

nak kongsi gambar ke???? he he he ok la kat bawah ni I letak la gambar cket ye..
ni gambar time early Nov. 2013 ok hi hi hi

 see budak bertuah kat belakang tu..geram ibu tgok..sibuk angkat2 baju nak tunjuk pampers dia haiiiissshh
ms ni kat hentian machap berhenti sebentar : )

see??? my lil darling second baby..ape gender awak ni sayangggg sampai sekarang ibu tak tau lagi ki ki ki
yang ni scan di klinik swasta masa kat Johor hari itu : )
the doktor said no more low lying plasenta hopefully betul..
tgah tggu result klinik kesihatan pulak tapi nak scan nye asik la tertunda..
just wait 4 9/12/2013 nanti..
harap2 result sama..actually i can't wait to see my baby..
kakak n ayah pun sama dua2 dah tak sabar dah hik hik hik

Friday, 11 October 2013

tak cuti uahhhahahahahahah : (

hai olllllllssss
mesti dah membara-bara dan berkobar-kobar semangat nak raya haji ni kannn
ada yg dah balik kampung dan ada yg tgah prepare nak balik kampung kan? kan? kan?
tapi iolls : ( tak balik dan tak cuti
harapkan cuti satu hari raya haji tu je la sebab hubby keja kannnn nak wat camne
nak tinggal hubby???? no no no ha ha ha
tak bole tak bole nak pi mane2 msti kene ade kesayangan I tu haaaaa

ok la happy holidays to uolllsss
share la gambar2 kat kampung ye nanti bole la mengubat rindu lara kat kampung I nanti ki ki ki
nak masak ape raya haji????? errrmmmmmmmm
ayah makan luar je la ki ki ki ki pemalassss ya amat skang ni ha ha ha
ok la share pic si domok musyuk i tu ngan atok n nenek dia last raya


 Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua Muslimin dan Muslimat seluruh dunia
kepada yang menunaikan haji...didoakan semoga dipermudahkan segalanya dan terhindar 
dari segala keburukan
dan juga kepada yang balik ke kampung berhati-hati ye : )

Thursday, 19 September 2013

inFo berkenaan PP (Placenta Previa)

hi hi dah jadi kat diri sendiri mula lah menggelabah cari info2 yang perlu kan
sebagai preggy mommy selain kita menikmati saat2 kehamilan kite
kite perlu tau juga info2 penting ttg kehamilan, diri ibu dan juga baby kite definitely kannnn
ok kat bawah ni I kongsi serba sedikit ye pasal PP ni
alhamdulillah kerisauan dan kegusaran tu dah mula menipis selepas menggoogle demi google
utk mencari info kannn..
tapi yg penting doa agar dipermudahkan kepada Allah tu amatttttlah penting ye kawan2 sekalian
interesting info as below k : )


Dalam bahasa perubatan, uri dinamakan sebagai placenta, manakala pelekatan uri dibahagian bawah uterus berdekatan dengan internal os atau pun cervix ( pintu rahim ) ialah placenta praevia. Untuk memahami maksud dengan jelas, mari kita lihat ilustrasi dibawah.


Dalam keadaan normal, pelekatan uri haruslah tidak menutupi cervix supaya tidak menghalang proses kelahiran dimana bayi akan melalui cervix (pintu rahim). Ia boleh melekat di mana-mana bahagian rahim seperti di depan (anterior), belakang (posterior), bahagian sisi(lateral) dan atas (fundus ). Dalam contoh di atas, placenta tersebut melekat sepenuhnya di pintu rahim menyebabkan bayi tidak boleh dilahirkan secara normal.


Placenta praevia boleh dibahagikan kepada beberapa tahap iaitu :

1) Complete ( sepenuhnya ) - hari tu Dr. cakap yg ni tapi still early kan..hopefully not la kan
2) Partial ( sebahagian)
3) Marginal ( menghampiri tetapi tidak menutupi )
4) Low lying ( berdekatan dengan pintu rahim tetapi masih lagi tidak menutupinya )

Antara faktor-faktor risiko untuk mendapat placenta praevia ketika mengandung adalah seperti berikut:

1) Peningkatan usia
2) Mengandung lebih daripada 2 kali ( multiparity)
3) Mengandung kembar (twin pregnancy )
4) Sejarah pembedahan melibatkan rahim ( caesarean section )
5) Keguguran

Wanita yang hamil dengan placenta praevia mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat komplikasi seperti berikut:

1) Pendarahan yang banyak
2) Jangkitan (septicaemia )
3) Risiko untuk pembuangan rahim jika pendarahan terlalu teruk dan tidak dapat dihentikan
ketika pembedahan.



Kebiasaannya untuk memastikan kedudukan uri, ultrasound scan perlu dilakukan pada usia kandungan 7 bulan ( 28 minggu ), jika jarak dibahagian hujung uri dengan cervix > 5 cm bermakna uri diatas, tetapi jika jarak uri < 5 cm, maka ultrasound perlu diulangi dalam masa 2 - 4 minggu untuk memastikan kedudukan uri yang sebenar. Tetapi jika uri menutupi sepenuhnya kemungkinan anda akan dimasukkan ke wad sehingga 9 bulan kemudian pembedahan akan dilakukan.
Setakat ini rawatan untuk placenta praevia adalah simptomatik. Untuk placenta praevia sepenuhnya dan sebahagian ( complete and partial ) memerlukan pembedahan manakala low lying atau marginal ada kemungkinan kelahiran secara normal dibenarkan.
 

duGaan peRtaMa prEgnancy : ((((((

assalammualaikum semua kawan2 blogger : )

haiiii lama dah tak mencoret dalam blog ni kannn
bukan apa sebab tak de idea tambah pulak keadaan kat opis skang ni very d busy bee hi hi
nk cerita pasal tajuk kat atas tu
actually i'm a preggy mommy..second baby this time

haiiisshh tak tau la nak kate apa permulaan yg sangat happy bila disahkan pregnant
memang nak bagi my lil princess tu adik biar dapat teman n kawan lagi pun 
my princess tu kan nxt year dah 4 years old kan sian dia sorang2

semuanya berlaku jumaat lepas 13 Sept. 2013 bila appointment dgan pakar
dan dia check .....scan......n tell me yg my pregnancy kali ni
Low Lying Placenta..tutup sepenuhnya pulak tu pangkal rahim...langsung takda jalan baby kuar

Yg buat I nangis lagi appointment semalam dengan nurse 18 Sept. 2013
aduhaiiiiii nurse cakap keadaan ni boleh menyebabkan ibu meninggal tumpah darah
mane tak nangis tgah drive pun nangis memikirkan anak I Insyirah dgan Baby lagi kannnn
haiiii terbawak2 perasaan dan terpikir nurse cakap kalau ibu meninggal macam mane....

harap2 semua ni kesilapan dianogsis Dr. je..sekarang ni menunggu keajaiban dan pertolongan yang Maha Esa.....appointment bulan 11 akan menentukan segalanya selain daripada check up yang sepatutnya every month dah jadi every 2 Weeks..setiap dua minggu nurse kene monitor ya Allahhhh

Macam mana nak cakap....baru pergi check up dua kali berturut BOS dah bising
ini kan lagi tiap 2 minggu sekali haiiiyyyoooo nak cakap dgan bos pun bos faham ke kannnnn
keja pulak PA haaaa memanglah kene melekat kat ofis selalu sebab tempat rujukan bos

ya Allah permudahkan lah segalanya
cuma ingat pesanan nurse...kalo ternampak even setitis darah pun...cepat2 la refer hospital
tak bole lasak tak bole keja berat tak bole itu tak bole ini..tapi nak wat camnekan kite ni kan
ibu bekerjaya...even suri rumah pun mana ada yg duk diam seme pun banyak keja kan..
entahlah tawakkal dan berdoa semoga semua dipermudahkan..
haiiii takut la perasaan ni kannn

baru 16weeks = 4 bulan..there are 6 months lagi to go.....
panjang lagi mudah2an tiada apa serius berlaku : )))

nak tgok my baby tak hi hi hi..dah terasa gegaran di perut ni..

 niiiiiii : ) my my second little sunshine...
baby baby please tolong ibu ye..kick the placenta biar 
sampai ke atas ye sayang ki ki ki


ni my first little sunshine yg semakin manja dan every day every moment 
kiss tummy ibu dia dan ajak adik dia mengaji al fatihah kononnye  ki ki ki

lastly sayang anak2 ibu sooooo much :)
eh sangat emosi niiiiiii hi hi

Tuesday, 28 May 2013

di atas meja OffiCe ku : )

Bismillah......
mak oiiii mOOd nak mengarang cerita sehingga kini tidak kesampaian
memanjang blues tak tau la mengapa
nak menaip ni menjenuh memaksa diri tau

ok la sebagai permulaan entry..nak kongsi tentang
APA yang ADA di ATAS meJa Office anda semua k
hak hak hak tak ade idea den nulis je la ape yang terlintas

di atas meja office sy ad ini
seperti di bawah : -

Desktop background dah tentunya gambar my lil princess
lain2 seperti di atas lah kan PA tentunya kalendar adalah teman rapat
bunga2an mesti kene ade walopun cket sebgai penyeri meja
gambar I n my hubby mesti kena ada bagi mOOd bekerja naik keh keh keh

eh betolke orang kate kalau meja kemas mean takde keja
SAYA SANGAT TAK SETUJU..
sebab saya tak boleh bekerja jika meja berserabut hi hi hi
apa kata anda?????? hi hi hi

Tuesday, 7 May 2013

alHamduLLillah it's turn out ok : )

 
dapat sms my husband
tak jelas sangat kan sms tu tapi lebih kurang ginilah bunyinye
confirm jadi puding triffle tu so balik nnti bole lah rasmikan bersama2
kah kah kah
over kan baru buat puding triffle dah over
cube lau pandai buat kek yang susah2 tak tau la camne ngeh ngeh ngeh

nuFfnaNg La la la :)